Friday, 15 January 2016

Giveaway 2 by sovitamin.com dan Travelkaja

Bismillah

Assalamualaikum

Wahh hehe dah agak bersarang blog Eyda ni.Buat-buat busy tak sempat nak update blog 😂😂

In shaa Allah Eyda akan start aktif semula 😊


Entry kali ni Eyda nak ajak korang join giveaway from sahabat blogger Eyda, Kak Pia 😊

Giveaway ni tamat jam 12 malam ni.So sempat lagi 😊

Hehe jom join sementara sempat ni.Kot ada rezeki nak dapat hadiah from Korea ! 😍😍


Comelkan ? 😍😍😍

So klik banner untuk join ya !


Monday, 21 December 2015

Kelebihan dan Kebaikan Vivix Shaklee



KEISTIMEWAAN VIVIX SHAKLEE :


1) MEMPERBAIKI DNA


Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.


2) MEMPERBAIKI TENAGA SEL

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.




KEBAIKAN VIVIX SHAKLEE : 


√ Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan.

√ Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius.

√ Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung.

√ Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis.

√ Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf.

√ Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir.

√ Membantu merawat penyakit parkinson.

√ Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar.

√ Meningkatkan kesihatan imum badan.

√ Menggalakan kesihatan keseluruhan.





Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Beberapa Testimoni Mereka yang Pernah menggunakan Vivix Shaklee.

























Bulan ni ada tawaran YES PACK VIVIX SHAKLEE 😊

Beli Kombo 2 dapat Less 5% ❤ Kalau anda nak mencuba macam biasa boleh hubungi Eyda ya ❤

Hadiahkan buat orang tersayang.Duit boleh dicari akan tetapi kesihatan diri atau orang tersayang tiada nilainya.

Cegah sebelum melarat ❤




Wednesday, 16 December 2015

Koleksi Testimoni Lecithin (Pembakar Lemak)

Bismillah 😊 Assalamualaikum..malam ni Eyda nak kongsikan dengan pembaca semua koleksi testimoni Lecithin Shaklee.

Sepertimana yang anda tahu, fungsi Lecithin ni banyak .Antaranya ialah menghalang/menghilangkan masalah bengkak susu.Selain itu juga ianya bagus untuk minda.

Akan tetapi yang paling famous fungsinya adalah MEMBAKAR & MEMECAHKAH LEMAK.Ada sesetengah consumer hanya dengan mengambil Lecithin, berat badan dapat dikurangkan 2-4kg sebulan ! 😊 Best bukan ?


Okay sebelum Eyda kongsikan dengan anda semua testimoni-testimoni Lecithin, Eyda nak terangkan serba sedikit apa itu Lecithin Shaklee,fungsi & manfaatnya 😊.



1) FUNGSI LECITHIN

Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.


2) KANDUNGAN LECITHIN

Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di manasetiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.


3) FUNGSI KOLINA DALAM LECITHIN

Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuro-penghantar asetil kolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas.


4) KELEBIHAN LAIN LECITHIN



🍃 Melindungi hati.
Lecithin  boleh menghalang mendapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Yang baiknya ia juga boleh membantu memulihkan kesihatan hati. 

🍃 Memecahkan lemak dan kolestrol.
Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh kita.

🍃 Melangsingkan Badan & Menghalang obesiti.
Mengambil Lecithin dalam kuantiti yang betul, boleh membakar lelemak degil dalam tubuh badan.

🍃 Mencantikkan otot dan kulit.
Mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap terdedah dengan pendingin hawa. Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit menjadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

🍃 Memperbaiki alergi.
Lecithin boleh menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi semakin teruk yang boleh menyebabkan dermatitis dan demam alergi.

🍃 Menghalang batu karang.
Batu karang terjadi akibat dari kolestrol yang berlebihan dalam badan. Lecithin bertindak sebagai pengemulsi lemak supaya kolestrol yang terkumpul didalam salur darah dapat dihalang dari menjadi batu karang.

🍃 Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress.
Kolina berfungsi sebagai penghantar/ agen saraf kranial yang boleh mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.

🍃 Menghalang tekanan darah tinggi.
Lecithin boleh menghalang arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah. Maknanya Lecithin menghalang darah daripada tersekat atau tersumbat.Boleh juga untuk mengatasi masalah prostat lelaki 

🍃 Meringankan sembelit.
Fungsinya untuk melembutkan najis dengan cara melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.


LECITHIN UNTUK IBU BERPANTANG/BERSALIN.


1) Lecithin boleh membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu baru bersalin.Kebiasaannya lemak-lemak terkumpul ketika mengandung.

2) Lecithin juga berperanan untuk mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.


3) Lecithin boleh membantu ibu mengatasi masalah lost of short term memory yang biasa akan dialami selepas bersalin.


4) Lecithin juga boleh membantu menyalurkan inositol dan kolin dalam susu ibu untuk meningkatkan perkembangan otak bayi.


KOLEKSI TESTIMONI LECITHIN SHAKLEE.


Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5


Testimoni 6


Testimoni 7


Testimoni 8


Testimoni 9


Testimoni 10


Bulan ini (Disember 2015) ada promosi Lecithin 😊.Harga asal sebotol Lecithin Rm56.50 .Ada 180biji sebotol.

Sekiranya ada yang nak cuba dengan harga PROMOSI HEBAT, boleh whatsapp Eyda okay 😊



Tips Bersalin - Elak Meroyan Selepas Bersalin

Selepas bersalin, ibu baru bersalin berdepan dengan masalah keletihan melampau, tidak cukup tidur, kemurungan dan mudah marah.

☘ Jika tidak diberi perhatian, ibu dalam pantang boleh meroyan.





❤ Tips Elak Meroyan Selepas Bersalin ❤

1. Tidur ketika bayi tidur
👶🏻 Orang-orang dahulu memang akan suruh ibu dalam pantang tidur semasa bayi tidur. Yelah masa tu lah anda boleh berehat

2. Pastikan anda tidak keseorangan
👶🏻 Bila anak menangis tak berhenti-henti, anda boleh jadi stress. Padahal bayi baru je disusukan. Takkan lapar lagi kan.
Bila jadi begini, minta ahli keluarga lain untuk memujuk bayi anda. Mungkin bayi perlu disendawakan

3. Luahkan perasaan anda
👶🏻Jika anda stress, luahkan perasaan anda kepada suami, ibu atau ibu mertua. Usah pendam seorang diri.
Jika anda terlalu penat, minta bantuan mereka untuk menjaga bayi sementara anda berehat dan menenangkan perasaan.

*****

Sekiranya ada ibu-ibu disini nak mencuba Set Berpantang Shaklee , boleh hubungi Eyda okay ❤




Sunday, 13 December 2015

Kalau Nak Sembuhkan Luka Bersalin. Wajib Makan Ini




Ibu lepas bersalin tak kira sama ada bersalin normal mahu pun pembedahan caesarean akan mengalami luka dijahit. Oh!Sakitnya. Tipulah kalau ada ibu yang cakap tak sakit.


Badan yang lemah dan lesu ditambah lagi dengan luka di bahagian 'Miss V' atau perut (kalau kena bedah) pasti membuatkan ibu rasa tak selesa dan 'nak menangis.'


Petua tradisional banyak menyarankan ibu selepas bersalin mengamalkan makan ikan haruan. Kalau hendak cepat luka itu sembuh amalkan makan ikan haruan. Ikan haruan sememangnya sinonim dengan penyembuh berkesan luka pembedahan.

"Ewww...hanyirnya  bau ikan haruan!"

Mungkin itu kata-kata orang yang tidak suka makan ikan haruan. Nanti dulu ! Jangan cepat menolak kerana bila anda tahu khasiatnya tentu anda hendak makan ikan haruan.Namun haruslah diambil dengan kuantiti yang betul.Terlampau banyak mengambil ikan haruan juga dikatakan tidak bagus kerana boleh menyebabkan bahagian luka/jahitan menjadi Keloid (ketulan daging tebal) setelah luka sembuh.


Antara sebab ikan haruan cepat sembuhkan luka dalaman adalah seperti berikut :


1. Ikan haruan adalah sumber semula jadi untuk proses penyembuhan luka.

2. Mengikut kajian, ikan haruan mengandungi albumin iaitu sejenis protein yang mempercepatkan penyembuhan luka. Terdapat kira-kira 60 - 70 peratus protein di dalam ikan ini.

3. Kandungan protein ikan haruan lebih tinggi daripada sumber protein lain seperti telur, ayam mahupun daging.

4. Ikan haruan mengandungi lemak yang rendah, iaitu kira-kira 20 peratus daripada berat badannya.

5. Ikan haruan memiliki sifat anti-radang, penahan sakit, anti-bakteria dan penyembuhan luka.

6. Ekstrak ikan haruan dapat menyembuh, memulih, menahan sakit dan memperbaiki sel untuk pulih semula.

7. Menerusi penyelidikan yang dilakukan di Hospital Royal Perth, Australia, ekstrak haruan dapat membantu mempercepat pembekuan darah.

Anda juga boleh buat sendiri ekstrak ikan haruan kerana ia lebih selamat dan terjamin kebersihan dan ketulenannya.

Pengambilan ikan haruan yang disarankan untuk penyembuhan luka bersalin hanyalah sebanyak 30g sahaja sehari.Sekiranya mengambil dalam kuantiti yang lebih dikatakan luka dalaman/luaran akan membentuk KELOID (Ketulan daging tebal) .


Selain itu anda juga disarankan mengambil buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C contohnya seperti buah Oren (Sunkist), Jambu Batu (Guava), Delima, Kurma, dan bermacam-macam lagi 😊.


Bagi Eyda yang bukan penggemar Ikan Haruan, memilih Set Berpantang Shaklee yang mana mengandungi Zinc Complex, Vita C, Ostematrix & Esp yang mana memang MEMBANTU MEMBAIK PULIH LUKA CAESAR Eyda 😊.


Alhamdulillah seminggu selepas bersalin dah rasa gagah & bertenaga serta tiada rasa sakit pada bahagian dalaman & luaran 😊 .


Nurse yang datang ke rumah pun puji luka cantik dan tidak berketul dan katanya Shaklee memang bagus. Berbaloi mengambil Set Berpantang Shaklee.






1) Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan/pati ikan haruan atau air gamat yang sedikit hanyir, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan atau gamat. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas bersalin.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.






2) Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.






3) Membantu mencegah masalah sembelit yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita selepas bersalin.






4) Membekalkan asid amino yang penting untuk pembinaan semula kulit, otot dan organ dan ia membantu mempercepatkan luka untuk sembuh & mengurangkan parut. Esp juga membekalkan tenaga segera dan berpanjangan.


Selain dari nutrisi yang lengkap, kebersihan diri juga memainkan peranan yang sangat penting. Pastikan luka sentiasa kering dan proses pembersihan sel-sel mati dan penukaran pembalut dilakukan mengikut jadual oleh orang-orang yang telah dilatih.


Elakkan juga dari mengambil makanan yang boleh mencetuskan alergi atau alahan.

Set Berpantang Shaklee berfungsi menyembuhkan luka pembedahan dengan cepat dan ianya sangat popular dikalangan ibu dalam pantang (bersalin normal & pembedahan) kerana bukan sahaja luka cepat sembuh malah badan lebih sihat dan cergas. Ia tidak mengganggu penyusuan bayi, tidak menyebabkan sembelit,sesuai untuk penghidap kencing manis dan membantu mangatasi sembelit dan mengurangkan masalah rambut gugur.


Jom kita lihat pula beberapa testimoni mereka yang pernah menggunakan Set Berpantang Shaklee ini 😊


Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5


Testimoni 6


Testimoni 7


Testimoni 8


Testimoni 9


Testimoni 10


Testimoni 11


Sekian tips untuk sembuhkan luka bersalin dari Eyda 😊.

Sekiranya ada ibu-ibu disini nak mencuba Set Berpantang Shaklee boleh hubungi Eyda okay ! ❤




 
Images by Freepik