Thursday, 6 June 2013

< INFO > Fahami Proses Kelahiran Bayi



Berapa lamakah proses kelahiran yang normal?

Ia sebenarnya soalan yang subjektif. Mungkin ada yang mengira proses kelahiran dari masa kami merasakan kontraksi pertama, atau air ketuban pecah.

Tetapi doktor menghitung tempoh proses kelahiran dari masa pembukaan serviks berukuran tiga hingga empat sentimeter. Ini dikira sebagai permulaan "fasa aktif" atau "mantap" dalam proses kelahiran.

Ketika ini, bakal ibu mula mengalami rasa kontraksi yang agak sakit untuk beberapa jam. Mungkin anda sudah terjaga sepanjang malam.

Bagi kelahiran pertama kali biasanya ia mengambil masa agak lama. Jumlah masa purata proses kelahiran bagi bayi pertama ialah lapan jam, jadi ia boleh mengambil jangka masa lebih atau kurang dari itu, tetapi kemungkinan amat kecil yang proses kelahiran pertama anda akan mengambil masa lebih daripada 18 jam.

Sementara wanita yang pernah bersalin sebelum itu selalunya mengalami proses kelahiran yang lebih pendek daripada wanita yang bersalin untuk pertama kali, tetapi keadaan berbeza antara indvidu. Jika ini bukan bayi pertama anda, masa purata bagi fasa aktif ialah lima jam. Kemungkinan ia akan mengambil lebih daripada 12 jam adalah sangat kecil.

Sebenarnya ia bukanlah perkara yang lebih baik bagi anda dan bayi jika proses kelahiran itu bergerak cepat. Proses kelahiran yang terlalu pantas boleh meletihkan secara fizikal dan emosi kepada ibu.

Doktor atau bidan patutnya memeriksa anda setiap empat jam dan bukan setiap satu atau dua jam. Ini telah dibuktikan boleh mengurangkan jumlah pembedahan caesarean yang tidak benar-benar diperlukan.

Namun begitu, jika serviks anda tidak mengembang pada kadar sekurang-kurangnya setengah sentimeter setiap jam dalam jangkamasa empat jam, bidan anda mungkin akan memanggil doktor untuk membincangkan kaedah mempercepatkan proses kelahiran.


Mengapa proses kelahiran menjadi lambat?

Setiap individu adalah berbeza, jadi ia adalah perkara normal jika seseorang wanita mengalami proses kelahiran yang cepat dan seorang lagi, lambat. Adakala proses kelahiran berjalan lambat sebab ibu itu terasa amat tegang. Perasaan takut boleh membuat hormon kelahiran kacau-bilau.

Antara punca yang dikenal pasti membuatkan proses bersalin mungkin lambat kerana:

*Posisi bayi

*Kontraksi tidak berapa kuat

*Pelvis ibu bukan mempunyai bentuk atau saiz yang sesuai

*Satu per empat wanita dilahirkan dengan bentuk pelvis yang lebih mirip pelvis lelaki (pelvis android), yang menyebabkan bayi lebih cenderung mengambil posisi belakang-ke-belakang. Kombinasi ini boleh melambatkan dan menyusahkan proses kelahiran.

Namun biasanya, proses kelahiran mungkin lambat tanpa sebarang sebab.

Perlu diketahui bahawa masa yang lebih lama diperlukan untuk pembukaan serviks seluas lima sentimeter pertama dan menjadi lebih cepat untuk lima sentimeter kedua. Ini disebabkan, apabila kontraksi menjadi lebih kuat, ia memudahkan pembukaan serviks dengan lebih cepat.

5 cara pendekkan proses bersalin

1. Jauhkan diri dari katil. Berdiri atau melutut ketika proses bersalin berlangsung menggalakkan bayi ‘turun’ ke saluran peranakan. Perbuatan ini menambah tekanan kepada serviks untuk merangsang ia meregang dengan lebih cepat.

2. Elakkan epidural. Tahukah anda bahawa epidural sebenarnya hanya memanjangkan lagi tempoh proses kelahiran.

3. Kekalkan tenaga. Hal ini dapat anda lakukan dengan mengambil snek berkhasiat yang kaya karbohidrat dan jus buah-buahan segar.

4. Tenangkan diri. Jika panik, proses kelahiran akan lambat bermula.

5. Berjalan-jalan. Jangan hanya berbaring di atas katil. Sebaliknya lakukan pergerakan dengan berjalan-jalan kerana ia boleh merangsang bayi bergerak ke saluran peranakan.



Sumber: Pa&Ma





Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892528
Email: mummyhealthyvitastore@gmail.com 
SMS/Whatsapp: 0136950675

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik