Tuesday, 15 April 2014

Cadangan Supplement Untuk Masalah Keguguran Kandungan (Miscarriage)

Assalamualaikum dan selamat pagi..Harini entry Eyda berkenaan dengan keguguran yang sering berlaku dikalangan wanita yang hamil peringkat awal.



Apa Itu Keguguran ?

  • Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu. Tempoh 28 minggu dinilai kerana selepas tempoh itu, perkembangan janin begitu pesat dan kebarangkalian untuk hidup adalah tinggi. Sebelum usia mencecah 28 minggu, janin lemah dan tidak mampu hidup di luar rahim ibunya.

Sebab-Sebab Terjadi Keguguran

1) Natural Selection - Teori ini sangat terkenal kerana ia mudah untuk difahami. Secara tabii atau semulajadinya, tubuh manusia akan menolak (reject) benda asing yang rosak. Contohnya, jika makan makanan yang sudah basi, tubuh akan menyingkirkannya. Maka terjadilah proses pembuangan makanan itu melalui muntah atau cirit-birit. Biarpun begitu, tubuh kita tidak terlepas daripada menerima kesannya. Sama seperti apabila kandungan telah mati dan rahim cuba mengeluarkannya. Kontraksi rahim dan pendarahan akan berlaku, sekaligus ibu akan merasai kesakitannya.


2) Ovum dan sprema yang mati sebelum membentuk janin. Kematian terjadi akibat kecacatan pada strukturnya. Virus seperti TORCH atau Cytomegalo yang menyerang ibu boleh merosak dan mencacatkan struktur ovum dan sperma.


3) Kecacatan struktur turut berlaku sekiranya ibu mengalami kekurangan zat makanan atau kencing manis yang teruk. Pengambilan minuman beralkohol, dadah dan rokok juga boleh menyebabkan keguguran.


4) Penyakit keputihan yang serius boleh menjadi punca keguguran. Keputihan biasanya disebabkan oleh kuman (sama ada Monilia / Virus / Bakteria) yang menular dan menjangkiti rahim. Jadi, segeralah dapatkan rawatan sewajarnya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebab-sebab yang dinyatakan di atas biasanya menyerang ketika janin berusia kurang 12 minggu (trimester pertama). Bagi janin yang berumur 12 minggu hingga 28 minggu, masalah keguguran dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Ini termasuklah masalah uri dan pembentukan jantung yang tidak normal yang menyebabkan janin tidak berupaya menahan tekanan.


Faktor rahim ibu tidak cukup hormon. Dalam kes ini, kandungan berada dalam keadaan normal. Tetapi, servik (pangkal rahim) ibu tidak kuat dan mudah terbuka yang menyebabkan kandungan tidak dapat bertahan di dalamnya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------



Tanda-Tanda Keguguran

  • Rasa loya dan muntah (morning sickness) hilang serta-merta sebelum tempoh mengandung mencecah 12 minggu.
  • Ari-ari terasa sakit dan mengalami keputihan yang serius.
  • Pendarahan semasa mengandung.
  • Perut mengecil secara tiba-tiba.
  • Ibu demam, tidak sihat atau pengsan.

Rawatan

  • Rawatan diberikan setelah mengenal pasti punca keguguran.
  • Imunisasi dan pembentukan antibodi terhadap virus adalah penting sebelum seseorang ibu mengandung lagi.
  • Zat makanan yang sesuai diberi dalam bentuk suplemen, contohnya seperti asid folik. Ini juga boleh didapati dalam Cadangan Supplement Keguguran Shaklee.
  • Sekiranya ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan rahim bersih, maka D&C tidak perlu dilakukan bagi membuang sisa kandungan.
  • Tetapi jika sisa tidak keluar sepenuhnya, D&C terpaksa dibuat bagi membersihkannya. Dikhuatiri pendarahan yang banyak dan serangan kuman boleh terjadi sekiranya dibiarkan.
  • Sekiranya masalah servik lemah dikenal pasti, maka ibu terpaksa dirawat dan Cervical Encirclage dibuat di mana servik diikat dengan tali tangsi yang kuat dan hanya dibuka selepas cukup bulan.
  • Selain itu, rawatan susulan termasuk ultrabunyi bagi memastikan kesihatan anak. Kaedah ini popular kerana keberkesanannya adalah tinggi.
  • Ubat hormon untuk menstabilkan kandungan akan diberikan sekiranya didapati kurang hormon.

Tips

  • Ibu yang mengandung tidak harus bimbang jika kehamilannya berakhir dengan keguguran. Ini kerana besar kemungkinan kehamilan seterusnya akan menjadi normal. Apa yang lebih penting, kesihatan ibu perlu dipulihkan dan diberi rawatan yang betul bagi membolehkan si ibu untuk mengandung lagi sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cadangan Supplement Shaklee Untuk Masalah Keguguran :

  1. B-Complex (With Acid Folic)
  2. Vita-Lea (Multivitamin with Iron Formula)
  3. Vita C Sustained Released 500mg
  4. Zinc Complex
  5. ESP (Soy Protein Isolate Powder)
  6. Ostematrix (Calcium with Vitamin D & Magnesium)
ADD ON : Gla Complex / Alfalfa Complex

---------------------------------------------------------------------------------------------------------



1) B-Complex (With Acid Folic)


  • Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan di kalangan ibu keguguran. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan.



2) Vita-Lea (Multivitamin with Iron Formula)

  • Vitalea sangat penting untuk ibu keguguran. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh ibu yang keguguran. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa keguguran serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.




3) Vita C Sustained Released 500mg

  • Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.




4) Zinc Complex

  • Zink paling penting dalam proses pemulihan luka dalaman. Mambaik pulih luka dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh keguguran.




5) ESP (Soy Protein Isolate Powder)

  • ESP Susu Soya Protein pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.



6) Ostematrix (Calcium with Vitamin D & Magnesium)

  • Ostematrix adalah kalsium. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot di kalangan ibu keguguran. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang.

========================================================================


Kesimpulannya Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran diakui dapat memenuhi keperluan para ibu keguguran bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum. Selain itu, Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran juga berfungsi sebagai persediaan kepada ibu untuk merancang semula kehamilan yang berkualiti di masa hadapan. Ini adalah penting kerana merancang kehamilan yang berkualiti dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang. Dengan pengambilan Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran ibu dapat membaiki dan membekalkan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh bagi menghadapi kehamilan yang seterusnya.


In shaa Allah kita sebagai manusia tidak salah untuk berusaha dan berikhtiar..Selebihnya kita serahkan pada YANG MAHA ESA..In shaa Allah pasti akan ada rezeki buat ibu-ibu diluar sana..Aminn

Sebarang pertanyaan/order/info boleh hubungi Eyda di :

SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik