Friday, 14 August 2015

Kurus Dengan Selamat & Cepat - Set Shape Up Shaklee

Assalamualaikum semua readers 😊. Apa khabar anda?Harapnya sihatlah sentiasa ya !
Harini nak berceloteh mengenai set yang paling hangat & laku keras sekarang ni iaitu Set Kurus Shaklee @ Set Shape Up.



Sekarang ni,Eyda perhatikan RAMAI yang mudah terpengaruh @ terpedaya dengan iklan-iklan produk kurus seperti :

"KURUS DALAM MASA 3HARI !"
"HILANG 10KG DALAM 5HARI"
"KURUS SEAWAL 1 HARI"


Dan bermacam-macam lagi ! Haishlaa..kita tengok pun dah seriau.Ape kandungan dalam tu pun tak tau kan?Entah-entah bukan hilang berat je,dengan tuan-tuan sekali "hilang".


Mereka hanya ingin kurus dengan cepat, dan tidak cuba memahami konsep atau cara yang betul untuk turunkan berat badan.Terlalu taksub dengan pengaruh iklan yang entah apa-apa.Sudahlah tidak diketahui apa kandungannya.Lulus KKM ke tidak pun tak tahukan?


Seeloknya elakkanlah dari membeli produk-produk sebegini.Tiada UJIAN KLINIKAL,PENGGUNAAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA,SINTETIK dan sebagainya ! .Risau takut nanti nyawa anda melayang.

Dahtu pula,bila dah terrrrambil produk tu berat tak turun-turun,makin naik lah,itulah inilah.Macam macam !
Ini antara komen-komen yang biasa kita dengar …

“Saya pun ambil produk XYZ tapi tak kurus-kurus pun?”"Kenapa  saya nak amik produk ni, produk XYZ boleh kurus 10kg dalam 1 minggu la...“Kalau saya boleh kurus dengan diet (tidak makan) sendiri, buat apa saya nak ambil produk ini?”


Dah pulak !   Macam-macam ragam manusia sekarang.Hehe
Okey sini Eyda nak bagitahu,sekiranya hendak turunkan berat badan dengan cara yang betul,anda haruslah mengetahui beberapa perkara  :

1) Faham apakah sebenarnya yang menyebabkan badan kita naik atau kurus dengan cepat.
2) Pengambilan makanan berlemak sebenarnya bukan faktor utama yang menyumbang kepada kegemukan.
3) Faktor terpenting adalah – ketidakseimbangan penggunaan kalori.


Apa maksud keseimbangan pengambilan kalori ?


Jumlah kalori yang diambil harus seimbang dengan kalori yang digunakan. Berat badan akan kekal bila kalori masuk sama dengan kalori keluar.


(Weight Maintain if Calories In = Calories Out).


Sekiranya kita mengambil makanan atau kalori lebih daripada yang digunakan, ia akan disimpan di dalam badan sebagai lemak simpanan.

Lemak simpananlah yang menjadikan berat kita naik. Di sebaliknya bila kita kurangkan pengambilan kalori atau menambahkan aktiviti fizikal, berat badan kita akan berkurangan. 

Secara ringkasnya, jika anda membakar (burn) lebih banyak daripada yang anda makan, anda akan kehilangan berat badan.Jika anda makan lebih daripada membakar (burn), berat badan anda akan naik.

Oleh itu, jangan sesekali anggap sesuatu program diet atau produk pelangsingan itu magik sebab Ia hanyalah sesuatu cara untuk kita kuruskan badan.

Kenapa ada yang gagal berdiet?
*Kurang nutrisi kerana kurang makan.
*Kadar metabolisma menjadi rendah.
*Otot mengecut dan rosak.

Kenapa ade yang gagal juga walaupun dah mencuba pelbagai produk kurus?


*Tidak dapat mengikuti cara khusus yang ditetapkan.
*Tidak memahami konsep sebenar untuk mengurangkan berat badan.
*Tidak sabar menunggu hasil.
*Kandungan produk yang tidak selamat.


Berat badan mungkin akan menurun sekejap bila kita kehilangan jisim otot.
Jisim otot ‘mengecut’ akan menyebabkan berat badan seolah-olah cepat turun kerana otot lebih berat dan padat daripada lemak.

Kehilangan jisim otot akan menyebabkan pembakaran lemak lebih lambat, dan merendahkan metabolisma.

Kesannya, bila kita dah berhenti mengikuti program diet tersebut, kita mungkin akan mula makan seperti biasa tetapi badan kita sudah tidak membakar kalori seperti dulu. Akhirnya, kita akan lebih gemuk dari sebelumnya!




Justeru itu, cara betul yang akan menurunkan berat badan dengan cepat adalah:

Stabilkan CALORIE IN = CALORIE OUT.

Kurangkan makanan kalori tinggi, makan makanan yang sihat dan bernutrisi dan perbanyakkan bersenam atau melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.


KURUS SECARA SELAMAT & BERKESAN dengan SET SHAPE UP SHAKLEE.




1) Cinch Shake Mix
- Membantu anda sentiasa merasa kenyang.
- Mengawal lapar & Meningkatkan tenaga.
- Mengandungi LEUCINE untuk melindungi otot ketika pembakaran lemak berlaku.
- Menganjalkan mana-mana bahagian yang kendur.
- Meningkatkan metabolisme dalam badan anda.

2) Cinch Tea Mix
- Meningkatkan metabolisma.
- Penggalakan Tenaga.
- Membantutkan pembinaan sel-sel lemak.
- Mengurangkan rasa lapar.

3) Herb-Lax
- Mengempiskan perut.
- Merangsang usus untuk proses pembersihan secara lembut.
- Membantu dalam proses penyingkiran toksin/kotoran dalam badan.
- Membersihkan usus,salurah darah,hati dan badan.

4) Lecithin
- Pengemulsi lemak dan kolestrol.
- Menghalang Obesiti
- Membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak.
- Mengaktifkan sel metabolisma.
- Menghalang mendapan lemak.

ADD ON :

5) Alfalfa Complex
- Menyingkirkan lemak & air berlebihan dalam badan.
- Bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol dalam badan.
- Membantu menyelesaikan masalah pencernaan dan penghadaman.
- Menyingkirkan kotoran dalam badan.


6) Omega Guard
- Mengawal rasa lapar.
- Meningkatkan tenaga.
- Membakar lemak-lemak degil.
- Mengawal paras gula dalam darah.
- Menghalang pembentukan lemak.


Kini anda tak perlu risau lagi :) Kerana dengan SET SHAPE UP Shaklee anda pasti berjaya mengurangkan berat badan anda dengan selamat dan berkesan tanpa ada kesan sampingan :).


Tips Khas & Konsultasi Cara untuk mengurangkan berat badan khas untuk customer Eyda :):)


Berminat nak cuba?
Jangan lupa hubungi Eyda ya !


Eyda Sukiman
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
IG : @Setkurusbyeyda

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik