Saturday, 29 August 2015

Tips Penyusuan - Tanda Bayi Lapar & Kenyang

Kita sering tertanya-tanya bayi kita laparkah dia? Tidak cukup susukah dia? Kadangkala orang disekeliling kita sering mengasak memberitahu "anak kau tu tak cukup susu" atau "anak kau tu nak susu" (padahal baru setengah jam yang lalu anda menyusukan anak anda.)


Bayi walaupun tidak pandai bercakap lagi (kalau pandai bercakap mesti mak dia pengsan bangun balik dan pengsan semula. hihihi) tapi sebenarnya bayi juga pandai memberitahu apa yang dia mahu berdasarkan isyarat-isyarat perlakuannya.


Tanda-tanda Bayi Mahu Menyusu (Feeding Clues)

1) Membuka mulut dan mencari-cari payudara.

2) Menggerak-gerakkan bola mata sama ada dengan kelopak mata tertutup atau terbuka.

3) Membuat pergerakan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah dan mengecap bibir.

4) Menghisap atau memamah jari, tangan, selimut, kain atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya.

5) Menggerak-gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.

6) Bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan (soft whimper sounds) atau mungkin menangis.


Tanda-tanda Bayi Kenyang

Pada permulaan penyusuan biasanya bayi menegangkan tubuhnya setelah dapat menghisap dengan baik, tubuh bayi akan beransur dalam keadaan rehat


Kebanyakkan bayi melepaskan payudara ibu dengan sendiri selepas merada kenyang tetapi sesetengah bayi akan terus menghisap dengan perlahan sehingga tertidur.


Beri bayi menyusu di sebelah payudara sehingga habis, sebelum memberikan payudara yang sebelah lagi, supaya bayi mendapat susu akhir (hind milk) yang tinggi dengan lemak yang membantu meningkatkan berat badan bayi dengan cepat.


Untuk mengeluarkan payudara, letakkan jari kelenking ditepi mulut bayi dan tekan sedikit untuk mengeluarkan puting payudara.


Ada ibu-ibu yang masih keliru? Boleh jadikan entry ini sebagai rujukan ya :) Oh ya, ibu-ibu jikalau ada yang nak mencuba Set Menyusu Shaklee boleh hubungi Eyda ok ! :)

In shaa Allah service tip top dan of course kita siap bagi tips-tips penyusuan yang eksklusif lagi tau ! Maklumlah Eyda sendiri memang menyusu badan keempat-empat hero soleh Eyda ! Alhamdulillah 😊


Segala pertanyaan dan info mengenai kesihatan,penyusuan atau apa sahaja boleh contact Eyda okey !



2 comments:

  1. Seronoknya..4 org ye Eyda. Tahniah.

    ReplyDelete
  2. Ha'a Put dahnak masuk 4 dah.hehe In shaa Allah bulan10 ni due.😘😘

    ReplyDelete

 
Images by Freepik