Saturday, 19 September 2015

10 Sebab Kenapa Shaklee Tidak Berkesan




Produk Shaklee telah bertapak di Malaysia ni dah lebih 20 tahun tau.


Secara keseluruhannya, produk Shaklee telah dipasarkan & digunapakai seluruh dunia lebih 55 tahun manakala produk Shaklee yang tertua di dunia adalah multivitamin Vitalea ini telah dicipta sejak 100 tahun yang lalu oleh Dr Forest C Shaklee.


Kalau dah lama bertapak di dunia ni kenapa ada yang claim makan Shaklee jadi tidak berkesan ? Langsung tak ada effect ?


Sini Eyda nak kongsikan sekurang-kurangnya ada 10 sebab & situasi mengapa Shaklee tidak berkesan bila diambil.


#1: Tidak Detox Usus Terlebih Dahulu


Imej Usus Selepas Dan Sebelum Detox




Usus kita ni ibarat macam longkang atau laluan pengaliran air.

Bayangkan kita hidup dah berpuluh tahun, kita makan macam-macam makanan. Ada yang buang air besar pun kadang-kadang je dalam seminggu.

Usus yang tidak bersih/ tersumbat dengan sisa makanan boleh mengurangkan keberkesanan dalam serapan nutrisi yang kita ambik.

So, jika nak apa-apa vitamin Shaklee yang kita ambik tu berkesan ke atas tubuh kita, silalah detox usus dulu dengan Herblax ataupun Alfalfa Complex.





#2: Mengambil Vitamin Dengan Minuman Berkafein




Kopi atau teh mengandungi kafein.

Kafein ni mempunyai struktur yang dapat menghalang penyerapan nutrisi lain selain mempercepat kehilangan air dari badan.

Menurut kajian, kafein meningkatkan kehilangan kalsium melalui air kencing seterusnya membantu dalam meningkatkan risiko penyakit Osteoporosis.

So, kalau nak Shaklee berkesan, elakkan minum kopi/teh ketika telan vitamin Shaklee. Jika perlu/ sangat nak minum kafein ni, jarakkan pengambilan sekitar 2 jam di antara kedua-duanya.


#3: Mengambil Supplement Shaklee Ketika Menjalani Kimoterapi






Sepanjang proses kimoterapi dijalankan, sel kanser & juga hampir kebanyakkan sel dalam tubuh kita termusnah.

Jadi, sia-sia mengambil supplemen sepanjang dalam proses kimoterapi ini.

Oleh itu, pakar nutrisi menyarankan pengambilan supplemen ini hanya dibuat selepas rawatan kimoterapi dijalankan.


#4: Mengambil Shaklee Serentak Dengan Ubatan/Supplemen Lain


Ubat-ubatan mempunyai struktur & sifat yang agak agresif untuk berada dalam sel tubuh & berperanan dalam tubuh kita.

Keadaan ini akan mewujudkan persaingan di dal badan jika kita mengambil supplemen serentak dengan ubat seterusnya menyebabkan produk Shaklee yang diambil menjadi “tawar” @ tiada kesan.

Namun sekiranya anda perlu mengambil ubat-ubatan atas faktor-faktor yang tertentu, sila jarakkan pengambilan antara kedua-duanya sekitar 2 jam.


#5: Mengambil Kalsium Serentak Dengan Zat Besi


Kalsium mempunyai struktur yang boleh mengganggu serapan zat besi di dalam tubuh kita.

Antara produk Shaklee yang mengandungi Kalsium adalah:

    • ESP
    • OsteMatrix
    • Mealshakes
    • Cinch Shake Mix

Manakala produk Shaklee yang mengandungi zat besi pula adalah :

    • Vita - Lea





Untuk mengelakkan kurangnya keberkesanan dalam serapan zat besi (terutama untuk mereka yang mempunyai masalah anemia @ hemoglobin dalam darah yang rendah), elakkan mengambil produk Shaklee yang mengandungi kalsium @ sebarang susu serentak ketika mengambil multivitamin Vitalea ini.


#6: Pengambilan Serat Serentak Dengan Vitamin Larut Lemak


Serat bertindak menyerap lemak di dalam tubuh kita.

Supplemen yang mengandungi serat untuk fungsi ini adalah Alfalfa Complex.

Manakala produk Shaklee yang terdiri daripada vitamin larut lemak adalah:

    • Vitalea
    • Carotomax
    • Vita E Complex
    • GLA Complex
    • Omega Guard
    • CoQ Health
    • Lecithin


Oleh sebab itu, adalah tidak digalakkan untuk mengambil Alfalfa Complex serentak dengan vitamin Shaklee yang larut lemak seperti di atas kerana fungsi serat pada Alfalfa Complex akan mengangkut semua lemak termasuk vitamin tadi keluar dari tubuh badan.


#7: Mengambil Zinc Complex Selepas Makan


Zinc Complex bertindak dengan lebih efektif ketika perut kosong kerana ketika perut kosong banyak enzim dapat membantu proses mencernakan mineral zink ini.





#8: Membancuh ESP Dengan Air Panas





Kenapa tak boleh bancuh ESP guna air panas ?

Soalan ni memang famous sangat di kalangan customer. Diorang jugaklah yang selalu tanya kenapa Shaklee tidak berkesan. Haha 

ESP merupakan serbuk protein soya non-GMO. Suhu yang panas akan menyebabkan termusnahnya struktur protein dalam serbuk soya ESP tadi.

Jadi, peranan utama ESP dalam membekalkan protein yang diperlukan juga akan terjejas.

Oleh itu, sila bancuh ESP dengan air suhu bilik @ sejuk sahaja.Nak lagi best bancuh dengan mana-mana air jus atau susu segar .Memang ummph lah !


#9 : Kurang Pengambilan Air Putih





Air putih bukan sekadar perlu minum sebab nak ambik supplemen je.

Air putih berperanan menjadi agen utama dalam pengangkutan semua zat dalam darah/usus ke seluruh tubuh kita.

Air putih juga sangat membantu dalam menyampaikan zat dari supplemen yang kita ambil ke sel tubuh yang memerlukannya.

Berapa banyak pengambilan air putih dalam sehari ?

Ok, untuk mudah sukat, ada pakar menyarankan untuk sukat keperluan air ikut berat badan masing-masing.

Setiap 25kg = perlukan 1 liter air putih sehari


#10 : Tidak Konsisten Mengambil Supplement


Supplemen bukan ubat tau !
Nama lagi supplement so fungsi supplement ini adalah MENCEGAH 

Maka, bila kita ambik supplemen ni memanglah kesannya bukan macam kita makan ubat. Makan sekali terus baik.

Untuk kesan yang optimum, kita disarankan untuk konsisten ambik suplemen sekurang-kurangnya untuk 3-4 bulan.

Sebab tu juga jika korang perasan hampir kebanyakan supplemen Shaklee dikeluarkan dalam kuantiti/jumlah yanb besar.

Beberapa contoh vitamin Shaklee yang memang berbaloi untuk ambil sebab memang tahan untuk tempoh masa yang lama.

    Sustained Release Vitamin C 500mg : 180 tablet (3 – 6 bulan)
    • Herblax : 120 tablet (4 bulan)
    • Alfalfa Complex : 330 tablet / 700 tablet (3-6bulan)
    • B Complex Shaklee : 120 tablet (4 bulan)
    • Vitamin E Complex : 120 tablet (4 bulan)
    • Vitalea : 120 tablet (4bulan)


Dan banyak lagilah penat jugak nak list 1/1 haha 


Maka, lepas ni jika nak nampak kesan yang berkesan apabila ambik Shaklee, sila konsisten dalam pengambilan ya.


So, macam mana?

Jelas tak apa yang Eyda kongsikan tentang kenapa Shaklee tidak berkesan?

Jika ada komen atau persoalan, jemputlah tinggalkan jejak di ruang komen.

Terima kasih & semoga bermanfaat  :-D




3 comments:

  1. Cara pengambilan yg betul sgt penting kan..kalau tak sia2 je ambil vitamin2;)

    ReplyDelete
  2. Adakah anda seorang lelaki perniagaan atau perempuan? Adakah anda dalam keadaan huru-hara kewangan atau melakukan Anda memerlukan dana untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Perlu memberi pinjaman hutang mereka atau membayar bil-bil anda atau memulakan perniagaan yang bagus? Adakah anda mempunyai skor kredit yang rendah dan anda akan mendapati sukar untuk mendapatkan pinjaman modal daripada bank / institusi kewangan lain tempatan? Anda memerlukan salah Pinjaman atau pembiayaan untuk apa-apa sebab seperti: E-mel: ptlender01@gmail.com

    a) Pinjaman Peribadi, Pengembangan Perniagaan,
    b) Permulaan Perniagaan, Pendidikan,
    c) Penyatuan Hutang,
    d) Pinjaman Wang Keras

    BORANG PERMOHONAN
    Nama: _________
    Alamat: _________
    Negara: _________
    Pekerjaan: _________
    Pinjaman Request__________
    Tujuan loan__________
    Pinjaman Duration__________
    Pendapatan bulanan:_________
    Nombor telefon:_________

    Kami menawarkan pinjaman pada kadar faedah yang rendah sebanyak 3% dan dengan cagaran dan tidak Cagaran, kami menawarkan pinjaman peribadi, pinjaman penyatuan hutang, Capital modal teroka, pinjaman perniagaan, pinjaman pelajaran, gadai janji atau Pinjaman untuk apa-apa sebab ".

    Walau bagaimanapun, kaedah kami menawarkan kemungkinan untuk menentukan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga tempoh yang anda mampu, memberikan anda Peluang sebenar mendapatkan dana yang anda perlukan!

    Hubungi kami melalui E-mel: ptlender01@gmail.com
    Bacon Tasha Elizabeth®

    ReplyDelete

 
Images by Freepik