Monday, 14 September 2015

Cara Untuk Dapat Intact Perineum - Bersalin Tanpa Koyakan !




Koyakan Semasa Bersalin?

Dengar pun dah NGERI kan? Antara perkara yang paling membimbangkan untuk ibu yang bakal bersalin. Terutamanya untuk ibu yang nak melahirkan anak yang pertama.

Mesti akan terlintas di fikiran tak kisahlah kelahiran keberapa pun anda  :

i. Macam mana cara meneran yang betul

ii. Berapa lama nak kena menahan "contraction" (Bukaan jalan)

iii. Risau takut koyakan BESAR 

Macam-macam fikir kan.


Tetapi yang paling menghantui adalah koyakan semasa meneran samada kecil ataupun besar. Ini dipanggil koyakan perineum.


Koyakan perineum berlaku di antara faraj dan dubur. Dimana doktor terpaksa potong atau gunting sedikit apabila kepala bayi sedang keluar. Ia bertujuan untuk mengelakkan kulit di sekitar faraj dan dubur terkoyak sendiri dengan teruk. Umpamanya kulit akan merekah terbuka saat kepala bayi keluar.

Kawasan Perineum (Yang bertanda merah)



Koyakan perineum boleh jadi lebih teruk kerana ia bukan sahaja setakat jahitan di bahagian kulit luar tetapi jahitan di bahagian dalaman ‘isi’ .



Mengapa Perlunya Elakkan Koyakan Semasa Bersalin ?

1) Mesti kita hendak kulit yang cantik tanpa bekas jahitan kan. Walaupun di tempat tertutup. Hehehe.

2) Nak elak jahitan dan kemungkinan terbuka semasa dalam pantang. Kemudian terpaksa jahit semula. Ohhh No !

3) Sakit dan ngilu bekas jahitan ketika membuang najis. Bayangkan la kalau kena sembelit pula. Sakitnya memang tak tertanggung. Menangis air mata darahlah jawabnya !


Bagi yang alami koyakan yang teruk hingga ke dubur, ia akan boleh bagi kesan jangka panjang untuk sukar membuang najis.

Koyakan yang sangat teruk juga bagi kesan pada keintiman suami isteri (tiada deria rasa !). Uu minta dijauhkanlah ya !

Takut rasa kan.

Actually, koyakan perineum ini boleh dielakkan kalau tahu cara dan teknik yang betul walaupun baru pertama kali bersalin.



Tips Elakkan Koyakan Semasa Bersalin :




1. Meneran dengan cara betul

Meneran dengan cara betul adalah meneran ke arah graviti. Graviti ke arah bawah dan dengan posisi atas katil, kita meneran dengan menekan punggung ke tilam kan.

Ibu yang terlalu sakit untuk meneran hinggakan terlupa dan terangkat punggung. Bila angkat punggung menyebabkan koyakan perineum lebih banyak hinggga sampai ke dubur.

Alahai memang panjang jahitan jadinya kan. Teknik meneran yang betul akan berkait dengan cara penafasan yang betul.

Anda boleh lihat video cara meneran dan bernafas dengan betul ketika di dalam labour room.




Eyda mengamalkan Minyak Kelapa Dara Halagel



2. Mengamalkan minyak kelapa dara untuk melembutkan kawasan Perineum

Ini memang petua orang-orang lama. Minyak kelapa diminum/makan dan disapu di kawasan perineum bila sudah masuk trimester ke 3.

Minyak kelapa dijadikan selusuh untuk mudahkan proses bayi keluar. Suami boleh tolong sapu dan urutkan di sekitar perineum dengan menggunakan minyak kelapa.

Kalau isteri memang tak mampu buat sendiri kan. Dah tak nampak dah. Hehehe.

Tetapi kena rajin dan kerap buat.

Biasanya minyak kelapa yang digunakan adalah VCO (virgin coconut oil).Eyda sendiri pun memang amalkan VCO ni since anak ke3.Alhamdulillah memang bersalin Muhammad Mikail (3.53kg) tak ada koyakan .Dan pregnancy kali ni pun Eyda amalkan VCO juga.In shaa Allah dengan harapan tiada koyakan bila bersalin bulan Oktober nanti .


3. Pengambilan suplemen tambahan untuk mengelakkan koyakan Perineum

Bukaan faraj akan menjadi 8cm hingga ke 10cm apabila bayi betul-betul bersedia untuk diteran keluar.

Untuk ibu yang akan bersalin normal, bukaan memang menjadi hingga ke 10cm tetapi bergantung cepat atau lambat sahaja bukaan tersebut.

Sekiranya bukaan faraj (contraction) lambat maka akan menyebabkan proses bersalin yang lama. Hingga ada sampai 2 hari sakit tetapi belum bersedia untuk bersalin.

Bayangkan duk menahan kesakitan. Kan.

Salah satu caranya adalah dengan elastikkan perineum. Bagaimana untuk elastikkan perineum?

Elastikkan perineum dengan mengambil suplemen semasa di awal kehamilan iaitu :



1) Minyak ikan (Omega Guard)

2) Vitamin C

3) Protein (Energy Soy Protein, ESP)



Minyak ikan (Omega Guard)

Kandungan utama adalah Omega 3 bukan sahaja bagus untuk perkembangan otak bayi tetapi membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mudah mengembang untuk bukaan hingga 10cm.

Secara tidak langsung boleh elak koyakan perineum.




Vitamin C

Mengandungi kolagen yang bertindak untuk menyokong sel-sel dengan kuat. Ia menguatkan regangan (tensile strength) apabila tiba masa untuk meneran bayi keluar.



Protein (ESP)

Salah satu asid amino yang penting dalam ESP adalah Cysteine iaitu untuk anjalkan kulit dan penting untuk membaiki kulit yang rosak.



Testimoni ibu-ibu yang berjaya bersalin tanpa koyakan dan jahitan perineum.

Saya pasti ia bukan kebetulan. Saya konsisten mengamalkan ESP sepanjang kehamilan.

Sebulan 2 canister jadi 9bulan 18 canister.

Apa kebaikan yang saya dapat?

Mampu melahirkan secara normalTANPA EPISOTOMY. Bukan satu tapi 3 orang anak

iaitu pada 2011, 2013 dan Julai 2015. Saya melalui tempoh berpantang dengan yakin

dan tak risau nak jaga luka ‘di bawah’.”

Puan Fauziah Chilun





Testimoni

Bagi ibu-ibu yang pernah melalui saat getir di dalam labour room ataupun suami yang menemani isteri, akan tahu betapa sakitnya menahan hinggakan ada sampai ke 2 hari. Tetapi masih belum bersalin.

Rasa tak tertanggung kan.

Masa tue, kalau boleh hendak suruh doktor buat pembedahan terus untuk hilangkan sakit untuk bersalin. Betul tak?

Apa-apa pun kalau boleh kita hendak bersalin normal kan. Untuk bakal ibu ataupun suami, boleh belikan suplemen ini untuk membantu elak koyakan semasa bersalin.

Jangan sampai trauma ataupun fobia untuk mengandung dan bersalin lagi hanya disebabkan oleh jahitan koyakan perineum yang banyak.

Sekiranya anda berminat nak dapatkan Set Kehamilan Shaklee atau Set Berpantang/Bersalin Shaklee boleh hubungi Eyda okay !




5 comments:

  1. eyda..VCO tu utk disapu je ye..eyda minum tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyda makan dan sapu Ena 😊

      Delete
    2. Eyda makan dan sapu Ena 😊

      Delete
    3. Eyda makan dan sapu Ena 😊

      Delete
  2. Alhamdulillah..dah rasa pengalaman bersalin tanpa koyakan. wpun bby 3.63kg :-)

    ReplyDelete

 
Images by Freepik