Friday, 11 September 2015

Set Menyusu Shaklee Yang Mana Sesuai Dengan Anda

Antara Testimoni Pengguna Set Menyusu Shaklee

Alhamdulillah, Set Menyusu Shaklee semakin mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini.

Terdapat 4 jenis cadangan set menyusu yang boleh disesuaikan mengikut pilihan dan bajet anda, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, Eyda akan cuba perincikan untuk anda ya :)


1) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 1)





VITA-LEA
VITA-C / CHEWABLE VITA C
B-COMPLEX
ALFALFA COMPLEX


** Boleh ADD ON ESP (Protein)


 >> Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin(Vitalea) dan Alfalfa Complex

 >> Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan

>> Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu

>> Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat

>> Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu

>> Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan Alfalfa.Kesan yang dialami berbeza mengikut sistem badan masing-masing.




2) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 2)




B-COMPLEX
VITA C / CHEWABLE VITA C
VITA-LEA
OSTEMATRIX


** Boleh ADD ON ESP (Protein)


 >> Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium.

>> Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS) .

>> Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.

>> Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan .

>> Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

>> Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.




3) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 3)





VITA-C / CHEWABLE VITA C
VITA-LEA
B-COMPLEX
ALFALFA COMPLEX
OSTEMATRIX


** Boleh ADD ON ESP (Protein)


>> Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin(Vitalea), kalsium (Ostematrix) dan Alfalfa Complex

>> Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS).

>> Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat .

>> Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium Shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan .

>> Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

>> Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walaupun kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta membantu pembentukan gigi si kecil.

>> Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan .

>> Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu .

>> Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana Alfalfa Complex dan Kalsium(Ostematrix) bertindak sebagai milkbooster.


4) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 4)





ESP (Energizing Soy Protein)
ALFALFA COMPLEX
B-COMPLEX
VITA-LEA
VITA-C / CHEWABLE VITA C
OSTEMATRIX



>> Mengandungi SET 2, kalsium (Ostematrix) dan ESP.

>> Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan .

>> Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walaupun telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

>> Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit,atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak .

>> Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat .

>> Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama-sama tips yang Eyda bagi, insyaAllah boleh :) .




Penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu haruslah kuat berusaha dan ada keinginan untuk menyusukan bayi anda .


Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat.


Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat?


Keperluan Nutrisi Ibu Hamil,Menyusu


Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada pandangan Eyda supplement sangatlah mebantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.


Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat?


Disini Eyda sertakan ayat yang dipetik dalam sebuah hadis, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana..



 Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga WAJIB baginya.




MasyaAllah..bertuah kita orang perempuan ni kan?Allahuakbar..Maka tiada alasan lagi kalau ada ibu-ibu diluar sana yang memang sengaja taknak menyusu badan baby anda.Sesungguhnya anda adalah golongan yang rugi ! Ayuh kita hidupkan misi menyusu baby secara eksklusif !


Sekiranya anda berminat nak dapatkan mana-mana Set Menyusu Shaklee mengikut bajet dan keperluan anda boleh hubungi Eyda okey !


1 comment:

  1. Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga WAJIB baginya.

    maaf ya puan.ini hadith ye? Boleh dapatkan sumber?

    ReplyDelete

 
Images by Freepik