Thursday, 17 September 2015

7 Tips Kempiskan Perut Selepas Bersalin



Setiap wanita yang bersalin akan mengalami perubahan bentuk badan termasuk bahagian perut, dulu kempis sekarang buncit. Bukan semua orang bertuah memiliki tubuh badan yang tidak bermasalah kerana ada yang terpaksa berusaha untuk mendapatkan kembali badan yang langsing seperti sebelum bersalin. Just like me, Eyda memang berusaha sedaya upaya untuk mengempiskan perut yang buncit dan menggeleber. Hehe. Dan alhamdulillah memang berjaya kempiskan perut selepas melahirkan anak-anak dengan bantuan SET KURUS SHAKLEE dan juga menyusukan anak :)



1. Menyusukan anak anda


Penyusuan susu ibu adalah azimat terbaik untuk kempiskan perut. Setiap kali mommies menyusukan anak, ia boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari. Best kan? Oleh itu, susukan anak sebaik sahaja selepas bersalin sehingga si kecil berusia 2 tahun untuk penyusuan secara eksklusif. Sudah tentu, anak kita mendapat khasiat susu ibu dan kita pun mendapat manfaat untuk badan kita. Perjalanan penyusuan secara eksklusif ini bukanlah semudah ABC tetapi jika mommies sudah berniat, try your best dan lengkapkan diri anda dengan ilmu penyusuan.


Jom tengok tips ibu ini yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg! Banyak tu (jelesnya)








2. Pemakaian bengkung


Pentingnya pemakaian bengkung selepas bersalin bagi mengelakkan
perut buncit dan menggeleber


Semasa dalam tempoh berpantang, anda boleh lakukan pelbagai perkara untuk memastikan tubuh badan sihat termasuk berbengkung untuk kempiskan perut. Bagi yang bersalin normal, boleh terus berbengkung manakala ibu yang bersalin secara cesarean boleh memakainya setelah seminggu atau dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk memastikan luka pembedahan dalam keadaan normal.
Mungkin ada segelintir ibu rimas, tidak selesa apabila berbengkung selepas bersalin. Hakikatnya, berbengkung mempunyai kebaikan tersendiri seperti mengembalikan bentuk badan asal termasuk perut. Namun begitu, pastikan mommies tahu cara pemakaian bengkung yang betul untuk mengelakkan kesan negatif yang tidak diingini.



3. Bertungku / bertangas / sauna


Pelbagai jenis tungku



Bertungku bertujuan untuk memecahkan lemak, darah beku dan mengurangkan bengkak dalam perut atau rahim. Manakala, bertangas dan bersauna membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan. Mommies boleh menjemput ‘mak bidan’ untuk datang kerumah sekurang-kurangnya tiga sehari selepas bersalin normal dan at least, dua minggu selepas bersalin untuk cesarean. Tetapi bahagian luka pembedahan tidak dibenarkan ditungku.



4. Pemakanan sihat





Selepas bersalin, badan mommies lemah dan letih. Oleh itu, mommies perlu makan makanan berkhasiat untuk menambah tenaga dalam badan dan memastikan penyusuan susu ibu dapat dilakukan dengan baik. Pada bulan-bulan pertama, bayi memerlukan susu ibu yang berkhasiat, seimbang dan kalori yang mencukupi. Dalam tempoh berpantang, mommies pilih makanan yang sesuai serta elakkan pengambilan lemak dan minyak tetapi lebihkan makanan yang membantu proses bakar lemak seperti oat, kekacang, salmon, madu dan bayam.



5. Lakukan aktiviti kecergasan

Senaman kardiovaskular dan abdominal boleh membantu ibu mengempiskan perut. Antara aktiviti fizikal yang boleh dilakukan adalah berjalan kaki, berbasikal dan berenang. Lebih menarik, bukan perut anda sahaja yang kempis tetapi dapat membina otot. Perlu ingat, perut yang ‘cantik’ bukan kerja mudah kerana anda perlu sabar dan lakukan senaman secara konsisten demi merealisasikan impian perut kempis.



6. Perbaiki postur tubuh

Postur tubuh juga memainkan peranan yang penting. Cara jalan, cara duduk dan apa sahaja pergerakan memberi kesan kepada bentuk badan kita. Sebagai contoh, anda perlu pastikan anda duduk dalam keadaan tegak, berjalan dengan postur badan tegak / tidak membengkok. So, mulai hari ini pastikan tubuh badan anda dalam keadaan yang betul.



7. Detox toksin dalam badan

Tahukan anda bahawa lebihan toksin dalam badan kebanyakkannya terkumpul di bahagian perut? Situasi ini menyebabkan mommies mengalami masalah penghadaman seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. So, lakukan detoksifikasi dari semasa ke semasa bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut. Pengambilan suplemen untuk nyahkan toksin boleh membantu.




Jom detox secara semulajadi dengan Alfalfa Complex dan Herblax. Kenapa perlu pilih produk ini? Sebab tiada perasa tiruan, pemanis, perwarna dan pengawet tiruan. Selamat digunakan.



Kombinasi meletops perut kempis



Fungsi Set Detox Shaklee :


Set Detox Shaklee terdiri daripada :

1. Alfalfa  Complex – Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. Selain itu, Alfalfa membantu memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit. Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Ini kerana Alfalfa mengandungi saponin yang seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

2. Herb-Lax – Herblax membantu membersihkan najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh. Di samping itu, ia merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut dan membantu masalah sembelit.


Beberapa Testimoni Mereka Yang Consume SET DETOX SHAKLEE





















Pastikan semangat anda hendakkan perut yang cantik bukan hangat-hangat tahi ayam sahaja ya. Jaga pemakanan dan lakukan senaman secara konsisten. Of course, detoks pun perlu untuk membantu membuang bahan buangan dari badan. Jangan biarkan toksin-toksin membelenggu dan mengawal hidup anda! Bertindak sekarang sebelum terlambat supaya kita tidak terdedah dengan penyakit-penyakit kronik.



Kalau ingin dapatkan kesan yang optimum untuk kempiskan perut dan kuruskan badan sekali, mommies boleh ambil Set Kurus Shaklee khas untuk ibu menyusu (sekiranya breastfeeding). So, cepat-cepatlah dapatkan Alfalfa dan Herblax hari ini. Lagi lama tunggu, lambatlah perut itu kempis. Harga pun sangat berpatutan dan berbaloi.
Semoga perkongsian ini membantu mommies semua !

Boleh klik image di bawah sekiranya anda berminat untuk order online SET KURUS IBU MENYUSU okay ! 



 SET KURUS IBU MENYUSU


atau

hubungi Eyda seperti tertera di bawah ! :) 
TIPS & KONSULTASI KHAS UNTUK ANDA !





1 comment:

 
Images by Freepik