Monday, 23 November 2015

Mini Giveaway by Myra & Ina





Assalamualaikum semua ! Jom meriahkan lagi Giveaway ini :)
Syarat penyertaan boleh klik terus pada banner okay !

Good Luck semua !

Sunday, 22 November 2015

Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk ?

Assalamualaikum :) Bismillah ..


KENAPA REZEKI SUSAH NAK MASUK ?

Jom kita lihat dan sama-samalah kita memperbaiki diri ini ke arah yang lebih baik dan diredhai oleh allah SWT.




Salam sayang,




Segmen Tambah Follower Instagram



Klik Gambar untuk syarat penyertaan


Assalamualaikum :)

Segmen ni bertujuan untuk menambah kenalan blogger dan juga meningkatkan follower instagram. Di samping itu juga traffic blog kita juga akan meningkat. Syarat-syarat yang ditetapkan jugak sangat mudah. Harap segmen simple ni mendapat sambutan kawan-kawan blogger sekalian yaa  :)


Syarat-syaratnya:

1. Buat satu entry bertajuk Segmen Tambah Follower Instagram. Dalam entry tersebut, sertakan link instagram anda untuk memudahkan peserta lain follow. Utk lebih mudah, anda juga boleh letak terus badge instagram anda dalam entry. Boleh refer tutorial kat SINI kalau tak tahu. (kalau nak letak link je pun boleh tiada paksaan. ini cuma cadangan sahaja)

2. Letakkan banner di atas dan back link ke entry ini.

3. Follow blog saya ,&  instagram  (Wajib ada instagram)

4. Hantar link entry penyertaan anda ke entry ini sahaja.

5. WAJIB follow blog dan instagram peserta lain. 


**************

INSTAGRAM EYDA : @shakleebyeyda

**************

Jom meriahkan segmen ini :)


8th Anniversary GiveAway by QasehnyaRania





Klik Gambar untuk penyertaan :) 

******

Harapnya ada rezeki buat Eyda :) Ameenn

Hadiahnya sangat best okeh !Inilah hadiahnya :)




Tuesday, 17 November 2015

Cadangan Set Merawat Cyst

Assalamualaikum

Semenjak dua menjak ni, penyakit fibroid dan ovarian cyst sudah tidak asing lagi dikalangan wanita. Ibu saudara Eyda sendiri ada 2 orang yang menghidap penyakit ini. Dan mereka telah pun menjalani pembedahan untuk membuangnya. Dan malangnya ada juga kes yang berulang dan terpaksa lakukan pembedahan untuk kali ke-2 dan ada juga yang terpaksa buang terus rahimnya.


Apakah itu Cyst?


Cyst merujuk kepada poket yang berisi cecair, bahan separa pejal atau gas. Antara yang lazim adalah cyst ovari (ovarian cyst). Ramai wanita yang menghidap ovarian cyst ni namun ramai yang tidak sedar akan kewujudannya sebab tidak ada simptom atau gejala yang jelas.



Ovarian cyst ini menunjukkan masalah pada sistem peranakan dan antara punca masalah ketidaksuburan dan juga sukar hamil.


Jenis-jenis Cyst :


1) Endometriosis

        Terjadi bila tisu endometriosis melekat pada ovari dan memerangkap darah haid yang keluar setiap bulan. Lama-kelaman ia akan membentuk cyst pada ovari dan menyebabkan sakit setiap kali datang haid dan semasa melakukan hubungan intim bersama suami.


2) Polycystic Ovaries (PCOS)

        Ia terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepaskan telur (sel ovum) gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Lama kelamaan lebih banyak cyst yang terbentuk dan memenuhi ovari.


3) Cystadenomas

        Ia membentuk sel di atas permukaan ovari. Selalunya ia berisi cecair
    Dermoid cyst.

        Cyst jenis ini mempunyai tisu yang sama dengan bahagian lain dalam badan termasuklah kulit, rambut dan gigi.


Cyst boleh dikesan dengan mudah melalui ultrasound tapi selalunya dikesan secara tak sengaja bila melakukan ujian Pap Smear. Rata-rata wanita sekarang ni menghidap cyst tapi yang tidak serius dan akan hilang dengan sendirinya.


Tapi jika anda menghidap endometriosis atau PCOS, ia mungkin menjadi punca anda tidak subur dan sukar hamil. Dan ovarian cyst ini juga boleh bertukar menjadi kanser ovari.


Bagaimanakah Cara Merawat Ovarian Cyst?



Selalunya doktor akan pastikan tahap ovarian cyst ini. Kalau berada pada tahap terkawal, doktor akan monitor je. Tapi kalau masih membesar dan semakin serius, cyst akan dibuang melalui pembedahan. Rawatan hormon juga dilakukan untuk menyeimbangkan hormon dan mengelakkan pembentukan cyst.


Disamping meneruskan rawatan doktor, jika anda mencari rawatan alternatif untuk membantu mengurangkan simptom ovarian cyst, Cadangan Set Cyst Dan Fibroid ini adalah alternatif terbaik untuk anda.


Bagaimana Set Cyst Dan Fibroid ini dapat membantu anda?



Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebanyakan penyakit yang wujud sekarang ini adalah disebabkan oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit termasuklah cyst dan fibroid yang mana berkemungkinan untuk menjadi kanser.


Dengan pengambilan anti-oksidan, ia dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini dalam tubuh kita.


Dengan pengambilan Vitamin A (Carotomax), Vitamin C, dan Vitamin E yang merupakan anti-oksidan yang berkesan, badan kita dapat menentang radikal bebas ini dari terus menyerang sel badan kita, dengan izin Allah.


Selain itu, Vivix yang memang terkenal dengan keajaibannya juga adalah bersifat anti-oksidan yang sangat tinggi. Vivix juga berupaya untuk memperbaharui sel dan memperbaiki sel badan kita yang telah rosak.


GLA Complex juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mengecutkan cyst dan fibroid ini. GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang diperlukan untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berupa hormon yang mengawal keradangan dan mengawal atur proses badan yang normal.


Jadi dengan menambahkan kuantiti prostaglandin dalam badan, ia dapat membantu kecutkan cyst dan mengawal imbangan hormon untuk mengelakkan pembentukan cyst baru sekaligus membantu merawat masalah cyst anda.


Jom kita tengok bagaimana Set ini membantu rakan-rakan yang menghidap cyst juga :


#Testimoni 1:



Saya nak share testimonial saya menggunakan GLA selama 2 bulan. alhamdulillah cyst saya dah pun mengecut dari 4++cm (tak ingat yang tepat) ke 3.6cm. Tadi saya buat check up kat klinik nak tengok saiz cyst saya dan alhamdulillah.. Dan period saya pun dah tak keluar darah ketul-ketul lagi. Makan GLA adalah salah satu usaha saya sebab doktor pernah cadangkan saya buat pembedahan tapi saya tolak untuk mencuba GLA ni. Mudah-mudahan tahun 2013 nanti ada rezeki untuk saya pregnant pula.


#Testimoni 2 :



Selepas bersalin anak pertama, saya pergi check up seperti orang lain juga. Check up yang pertama adalah sebulan selepas bersalin. Pada hari appointment, doktor macam biasa, scan perut untuk pastikan rahim kecut seperti asal. Alhamdulillah, rahim dah kecut macam biasa…tapi, tiba-tiba doktor dapat kesan ada cyst di ovari saya….Dah besar 5 cm katanya..

    Air muka doktor macam cuak je…Mula-mula saya tak pasti apa itu cyst ovari dan kesannya….dia kata tunggu next appointment, scan tengok mcam mana….kalu perlu, kne operate buang…

    Operate? Alamak….seumur saya tak pernah kena bedah…dan sememangnya taknak operate…sebab apa yang saya tahu, bila operate ni seolah-olah kita dah ganggu sistem badan kita….kesian badan kita….masa bersalin dulu pun, saya dah berazam dan cakap dengan doktor, nak bersalin normal…Alhamdulillah, Allah permudahkan…

So, doktor set kan tarikh untuk next appointment…

    Next appointment pada 09/02/2011, saya scan lagi dan cyst tu masih 5.37 cm…Inilah gambar scan saya…Doktor dah mula plan nak operate saya…takpe, dia bagi can lagi sehingga next appointment utk pilih tarikh memandangkan anak saya baru 4 bulan dan fully breastfeed..Klau boleh, dia cadangkan saya operate bila anak dah umur 6 bulan supaya dah mula makan dan tak sepenuhnya bergantung pada susu badan…



Balik rumah, saya dah risau..saya memang nak elak daripada dibedah.

    Terus saya tanya senior saya, kak cery, ada ke produk Shaklee untuk rawat cyst ovari ni? Beliau rekemenkan saya dengan GLA Complex dan saya mula makan pada awal bulan April.



Pada next appointment iaitu 04/04/2011, Saya scan lagi dan ukuran diameter berkurangan menjadi 5.03 cm.Doktor masih rekemen untuk bedah….saya minta tunggu lagi hingga next appointment pad 13/05/2011, tibalah pada tarikh untuk saya operate untuk buang cyst tersebut.


Untuk kali terakhir, saya minta doktor scan dan ukuran diameter cyst tersebut menjadi 2.73cm !!! Anda boleh lihat pada gambar scan ni ada tulis diameternya tu…



Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab saya tak jadi dibedah..


Beliau juga mengamalkan doa ini.

Kredit kepada Puan Dila.


#Testimoni 3 :



Salam. Happy dapat tau customer merangkap sahabat paling rapat call, dia mengadu mengalami cyst yang sudah pun sebesar 5.5cm. Bulan lepas 13/6/13 order GLA Complex dan start makan. Harini 12/7/13 hampir sebulan pengambilan GLA Complex, pegi cek dan cyst dah mengecut kepada 3cm.. Alhamdulillah. Lega sangat dengar dia call bagitahu hal ni.


#Testimoni 4 :



Alhamdulillah syukur bila dapat tahu yang Set ini dapat membantu rakan-rakan yang betul-betul memerlukan. Harga bagi Set ini adalah :


    GLA Complex (60 Biji) – RMRM91.25
    Vitamin A (30 biji) – RM 74.00
    Vitamin C (180 biji) – RM 92.50
    Vitamin E (120 biji) – RM 149.00
    Vivix (150ml) – RM 475.00


Dengan pembelian Set Cyst dan Fibroid ini, anda akan dapat:

   - Keahlian PERCUMA bernilai RM68.90!
    - Harga yang jauh lebih MURAH!
    - Bonus pada bulan berikutnya!


Sekiranya anda sudah lama menderita ataupun baru sahaja menghidap penyakit cyst atau fibroid ini dan ingin mencuba rawatan alternatif, boleh hubungi Eyda okay ! Jangan malu, Eyda akan guide anda mengikut cara yang betul.

Dah ramai customer Eyda yang mempunyai masalah Cyst/Fibroid dan alhamdulillah dengan izin Allah masalah mereka dapat diatasi dengan mengambil Set ini.



7 Tips Sembuhkan Luka Selepas Bersalin

Assalamualaikum semua :)


Perkara yang paling mengerikan bagi semua ibu adalah menangani luka selepas bersalin. Tak kiralah luka bersalin secara normal ataupun secara Episiotomi atau secara Caesarean. Kalau boleh nak cepat-cepat kering luka kan ?





Ada yang kata pengambilan pati haruan memang akan mempercepatkan penyembuhan luka bersalin. Namun luka bahagian dalaman belum tentu kering dan boleh menyebabkan isi dalaman perut (bagi yang bersalin secara Caesar) menempel-nempel ataupun melekat.

Eyda ada rahsia untuk anda bagaimana untuk cepat sembuhkan luka dengan cepat. Tak kiralah luka bersalin biasa ataupuan secara Caesarean :)


1) BERHATI - HATI BILA BERGERAK

Berjaga-jaga semasa hendak duduk ataupun bangun. Pastikan anda berada dalam posisi yang betul sekiranya hendak duduk, bangun ataupun baring. Selalulah turunkan lutut dahulu supaya pergerakan anda tidak terlalu cepat atau terburu-buru yang mana ianya boleh menyebabkan anda akan merasa sakit/pedih pada bahagian luka. Lakukan pergerakan dengan perlahan-lahan. Alaskan dengan bantal sekiranya anda berasa tidak selesa semasa dudu atau baring.


2) GUNAKAN ICE PACK

Alaskan ice pack dengan kain yang sedikit tebal & kering. Kemudian letakkan pada bahagian luka untuk melegakan rasa sakit/ngilu tersebut.


3) ELAKKAN SEMBELIT

Tekanan yang tinggi pada bahagian bawah semasa sembelit adalah sangat tinggi. Jadi elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan anda sembelit. Banyakkan mengambil sumber makanan berFIBER atau serat tinggi.


4) PASTIKAN BAHAGIAN LUKA SENTIASA BERSIH & KERING

Bahagian luka amat mudah terdedah kepada jangkitan kuman. Jadi pastikan bahagian luka anda (samaada luka bahagian bawah ataupun luka Caesar) sentiasa kering dan bersih. Biarkan bahagian luka terdedah kepada udara luar agar ianya sentiasa kering ataupun anda boleh menggunakan hair dryer untuk mempercepatkan proses pengeringan.(bagi luka caesar) Dan bahagian luka dibasuh dengan bersih dan lap sehingga kering untuk pastikan tiada lembapan (vagina).


5) SENAMAN KAGEL

Selain menguatkan lantai pelvik untuk mengelakkan peranakan jatuh atau tombong, senaman kagel juga menggalakkan peredaran darah berjalan dengan lancar yang mana ianya membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.


6) BASUHAN AIR GARAM

Basuh vagina anda dengan air suam dicampur dengan garam. Ada juga yang merendam punggung kedalam besen yang berisi air garam. Ianya mengurangkan kesakitan akibat luka dan membersih sehingga ke dalam vagina.


7) MENGAMBIL SUPPLEMENT

Dengan pengambilan Vita C, Zinc & Protein ianya dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka anda. Eyda sendiri memang mengambil kesemua supplement tersebut dan ternyata luka bersalin Eyda memang cepat kering. Tahun lepas Eyda bersalin anak ke3 dan consume Set Berpantang Shaklee, seminggu berpantang luka dah kering sepenuhnya. Baru-baru ini pula Eyda baru sahaj bersalin anak yang ke4 secara Caesarean, keluar je dari OT terus telan Zinc Complex now dah hari ke20 luka luar memang dah kering sepenuhnya pada hari ke8 berpantang. Nurse datang checkup di rumah pun cakap luka Caesar Eyda kering elok, cantik dan tidak menggelembung. Hanya nampak seperti garisan halus sahaja. Selain dari itu, supplement ini juga membantu meningkatkan sistem imun ibu dan juga baby yang disusui. Sembelit langsung tiada, badan rasa bertenaga, susu meriah dan paling penting baby langsung tak kena jaundice. Alhamdulillah


Mitos seperti meminum air putih yang banyak boleh menyebabkan luka lambat sembuh, dan juga pengambilan sayur sawi boleh menyebabkan urat kembang, angin satu badan & badan jadi seram sejuk itu semua adalah tidak benar sama sekali. 


Minum air secukupnya adalah sangat penting kerana selepas bersalin badan secara semulajadi akan membuang lebihan air di dalam badan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan menyebabkan badan akan kehilangan air secara mendadak. Ini boleh menyebabkan berlakunya masalah sembelit, dan kekurangan susu badan. 






Sekiranya anda masih tercari-cari Set Berpantang yang boleh diconsume terus sejurus selepas bersalin dan tanpa mengganggu jaundis baby serta boleh mengelakkan jaundis baby, jangan lupa hubungi Eyda okay. Eyda jamin Set Berpantang Shaklee memang sangat awesome dan terbaik ! DIJAMIN :) Eyda akan guide anda cara pengambilan yang betul dan efision. Bentuk badan anda akan kembali pulih seperti asal dan yang paling penting akan meningkatkan lagi tahap kesihatan dalaman dan luaran anda. Maklumlah badan kita ni nak pakai lama so kenalah jaga betul-betul dan dapatkan nutrisi yang betul :)


Anda boleh purchase sendiri Set Berpantang Shaklee dengan menekan gambar dibawah. Bayaran melalui Kad Kredit/Debit :) Dont worry tiada caj tersembunyi akan dikenakan.


Klik Gambar Untuk Order


Ataupun anda boleh hubungi Eyda untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee ini :)






Monday, 16 November 2015

1ST GIVEAWAY MagicBaked



Assalamualaikum semua :) Jom kita join Giveaway from Magic Baked :) Mana tahu ada rezeki kan.

Syarat-syarat penyertaan :

1: Buat entry bertajuk 1St GIVEAWAY By MB.

2: Copy banner di atas dan linkkan ke entry ini.

3: Follow Blog MB(SINI ) dan Instagram ( SINI )-jika ada.

4: Like Fanpage ( SINI )

5: Copykan url entry dan letakkn di ruang komen di bawah.

Optional : Tag 2 orang blogger dan pastikan dieorg tau.


5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah


Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM30

# Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM25

# Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM20

# Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM15

# Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM10


Pemilihan adalah secara RANDOM!! 

Simple Contest For Great Gift =)

GiveAway tamat pada 29 November 2015.
GiveAway terbatal secara automatik sekiranya peserta kurang 20 orang.. 
So keep sharing to people u know =) 

Selamat mencuba!!!
Pemenang akan diumumkan pada 30 November 2015.;)

*******

Eyda nak ajak 2 orang sahabat Eyda join giveaway ini :)


Sunday, 15 November 2015

TANDA BAYI BERSEDIA UNTUK MEMULAKAN SOLID FOOD




TANDA BAYI BERSEDIA UNTUK MEMULAKAN SOLID FOOD

Bayi juga akan menunjukkan tanda kesediaan untuk menerima makanan pelengkap melalui tanda berikut iaitu;-

👶🏻Boleh duduk dengan sedikit sokongan atau tanpa sokongan dan dapat mengawal kepalanya sendiri.

👶🏻Cepat lapar, meminta susu walaupun selepas diberikan susu ibu atau kerap menyusu.

👶🏻Boleh mengawal lidahnya dengan baik.

👶🏻Mula mengunyah atau menggerakkan mulutnya ke atas ke bawah seperti mengunyah.

👶🏻Gemar memasukkan benda ke dalam mulutnya.

👶🏻Menunjukkan minat kepada makanan yang anda makan, seperti cuba merampas makanan atau membuka mulutnya.


Perhatikan bayi anda, jika si manja menghampiri usia 6 bulan dan menunjukkan tanda-tanda di atas, ibu kena bersedia dengan menu solid food yang sedap dan berkhasiat sesuai dengan usia bayi.

Info ini dibawakan oleh
Mummyhealthyvitastore.blogspot.com

Like, Follow dan Share FB Kedai Vitamin Kelantan untuk mendapat info Parenting, Kesihatan & Vitamin terkini 💗



Sejarah Vitalea Shaklee

Assalamualaikum semua :)





Tahu kah anda bahawa Supplement Shaklee yang tertua adalah Vitalea? Sebelum ini dikenali sebagai Vitalized Minerals semasa ia baru dibuat oleh Dr. Shaklee. And masa tu Dr. Shaklee baru sahaja berumur 21 tahun!

Vitalized Minerals dicipta pada tahun 1915, tahun ini adalah ulangtahun ke 100 tahun! Sebab itulah Shaklee berikan ia secara percuma kepada ahli baru yang berdaftar dari bulan April sehingga Oct 2015 :)

Bagaimana timbulnya idea Dr. Shaklee untuk menghasilkan Vitalized Minerals ini?
Konsep yang beliau cuba terapkan semasa membuat produk ini ialah seperti kita memberi baja, air dan cahaya secukupnya kepada tumbuhan kerana beliau juga adalah seorang petani sebelum menceburi dalam bidang kesihatan. Tubuh manusia juga memerlukan nutrien dan vitamin yang secukupnya kerana apa yang kita makan masih tidak mencukupi jika disukat.



Saturday, 14 November 2015

Promo November 2015





BELI 6 PERCUMA 1


BELI 2 LESS 5%


Nak lagi jimat ? Jom daftar sebagai ahli  :) KLIK SINI untuk mendaftar sebagai ahli :)




 
Images by Freepik