Friday, 11 December 2015

Petua Cegah Bayi Jaundis


Bayi baharu lahir memang tidak pernah terlepas daripada dihidapi jaundis atau demam kuning. Apa yang membezakannya adalah tahap bacaan darahh bayi tersebut. Jika terlalu tinggi maka perlu mendapatkan rawatan fototerapi di hospital.

Walaupun jaundis adalah masalah normal dalam kalangan bayi baharu lahir namun jika terlalu tinggi ia boleh mengundang bahaya. Harapnya tahap jaundis bayi kita hanya peringkat normal dan boleh hilang selepas tempoh dua minggu. Kata orang ada petua yang boleh diamalkan oleh ibu ketika hamil bagi mencegah bayi dihidapi jaundis teruk.


1) Amalkan minum susu kambing dua cawan sehari semasa sarapan dan sebelum tidur.

 

2) Makan buah delima atau minum pati delima sekurang-kurangnya 500 ml sehari.

 

3) Amalkan makan tiga sudu madu tanpa air atau minum air dicampur lima sudu madu setiap hari.

 

4) Amalkan makan buah kurma sebagai sarapan.

 

5) Amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Air kelapa dikatakan baik untuk bayi selain dapat mengelakkan penyakit jaundis.



6) Ambil Set Kehamilan Shaklee in shaa Allah dapat membantu mencegah bayi anda dari terkena jaundis.Ini berdasarkan pengalaman Eyda sendiri ❤. Sudah 3 kali mengambil Set Kehamilan Shaklee dan Alhamdulillah memang baby langsung tak ada jaundis 😊.Lagipula Set Kehamilan Shaklee boleh terus diambil selepas bersalin 😊 hanya perlu tambah beberapa item lain.


Sekian perkongsian dari Eyda.Sekiranya anda mempunyai apa-apa persoalan, pertanyaan atau konsultasi boleh hubungi Eyda okay ! 😊



No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik